chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 11, 2024

Test

 Testing blog after long vacation (blog vacay)

Sunday, January 29, 2012

Birthday Didi



Semalam 28 Januari 2012 was my kakak ipar's birthday..ai buatkan bday kek utk dia and they're all here last nite at our house celebrating it. MIL masak mee rebus yang sedap oh (nanti nak mintak resepi), Wawa bawak pizza & Emi belikan Kentaki (ikut MIL ai cakap). Ai buatkan Tutti Frutti Japanese Cotton Cheesecake for Didi. Resepi Cheesecake sama macam previous post kat sini. Ok, enjoy the pics and Ai tambahkan resepi untuk topping je yea kt sini:

Topping
1/2 tsp gelatin (ai guna halagel)
1 tbsp air
150 ml whipping cream
2 tbsp gula
Mixed fruits: Mangga/Kiwi/Plum/Anggur Hitam (Strawberry jika suka, semalam takde kat kedai nak beli)
1 tsp instant jelly
100 ml air
1 tbsp gula

Cara-cara:
  1. Masuk air dalam mangkuk dan taburkan gelatin ke dalam, biar seketika dalam 2 minit kemudian panaskan secara double boiler hingga jadi larutan.
  2. Masukkan mangkuk untuk membancuh & besi pemutar dalam freezer seketika dalam 5 minit. Keluarkan dan tuang whipping cream ke dalam.
  3. Putar whipping cream hingga kelihatan pekat sedikit. Masukkan larutan gelatin & gula, putar lagi hingga kental sedikit. Jangan putar terlalu lama sebab nanti cream akan berketul (overbeat).
  4. Sapukan cream ke atas kek yang telah sejuk. Letakkan buah-buahan campuran tadi yg telah di potong kecil (diced mixed fruits). Sejukkan kek dalam freezer selama 10 minit sementara menyediakan jelly.
  5. Masukkan air & gula dalam saucepan and panaskan dengan api sederhana. Masukkan serbuk jelly dan kacau hingga larut.
  6. Keluarkan kek dan curahkan larutan jelly ke atas buah. Jelly akan cepat beku bila letak atas buah yang dah disejukkan tadi.
  7. Simpan kek dalam peti sejuk untuk 2 jam sebelum dihidang.
Baca doa selamat dan doa makan dulu..tapi pizza tu macam dah hilang je 1 slice..huhu

Ahli keluarga yang dah kawen dengan bday gurl

Makan time..semua dah kelaparan

Saturday, June 18, 2011

Solok Lada

Solok lada ni ai buat mase pot luck kat ofis aritu..disebabkan taktau nak masak ape sebab lauk yang lain-lain dah masak..nasib baekla ofismate suke..aritu ai bawak kek lapis & solok lada ni je..ni resipinye:

Bahan-bahan:
10 - 12 cili hijau (lada solok) - belah tengah, buang biji dan rendam dalam air kapur
1/2 biji kelapa parut
3-5 ekor ikan selayang (agak-agak je ikut size ikan)
2 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur (optional)
sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Bakar/rebus ikan sebentar (ai bakar dalam oven je dalam 10 minit). Kemudian asingkan isinya. Tumbuk isi ikan tadi atau kalau nak guna blend pun boleh. (jangan ditambah air)
2. Ambil sedikit kelapa parut dan disangai (goreng tanpa minyak) hingga keperangan. Tumbuk sedikit kelapa goreng dan kelapa parut tadi sehingga nampak sedikit halus.
3. Halia, bawang merah dan bawang putih dikisar tanpa air. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan campuran kelapa parut dan juga isi ikan.
4. Tambah garam dan gula sesedap rase. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
5. Akhir sekali pecahkan sebiji telur ke dalam campuran tadi dan gaul rata. Telur adalah optional, ai letak sebab biasa back home (kelate) kami guna kelapa yang tak berapa tua (kire kelapa remaja la) so dia senang melekat bila disumbat. Tapi kat sini susah nak dapat sebab bukan pilih sendiri kat pokok klapak.
6. Sumbat campuran inti ini ke dalam lada hijau tadi dan dikukus sehingga masak @ lebih kurang 15 minit.
7. Boleh dihidang bersama lauk-pauk lain. Selalu orang makan sebagai side dish dalam Nasi Kerabu.
:
:
:
:
:
p/s: Lada direndam dengan air kapur untuk mengelakkan mudah terkopek/koyak semasa proses menyumbat dilakukan..hehe



Penyet lagi..tapi...


Kali ni Puyuh Penyet lak yea..

Resipi same je macam ayam penyet aritu..just ayamnye tukar jadi puyuh je, dan puyuh tu tak payah la nak potong macam ayam plak yea, nanti menanges lak time nak makan sebab cinonet sangat..haha
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
And this very HOT dish was accompany with a glass of rich and refreshing fruit juice..jangan terkejut tengok name die yea...tadaaaaaaaaa
~JUS POLIGAMI~


::
::
Resipi Jus Poligami

Bahan-bahan:
25 gm betik
50 gm nanas
50 gm mangga
50 gm avocado
1 senduk air gula
1 gelas air ais

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mesin pengisar dan kisar.Sesuaikan rasanya mengikut kemanisan yang digemari.Campurkan dengan ais dan sedia dihidangkan

Sunday, May 22, 2011

Chocolate Cheesecake

Resipi chocolate cheesecake ni ai amik dari resipi Nigella Lawson nyer..boleh check ori recipe kat sini


Bahan-bahan:

Untuk base
1 1/3 cawan graham cracker/digestive biscuits - hancurkan
60 g butter
1 sdb serbuk cocoa

Adunan cheesecake
175 gm coklat masakan - jadikan kepingan kecil
2 packet / 500 gm cream cheese Philadelphia
3/4 cawan gula halus/kastor
1 sdb tepung kastard
3 biji telur size A (whole)
3 biji kuning telur size A
2/3 cawan sour cream
1/2 sdk serbuk koko - dilarutkan dalam 1 sdk air panas

choc sos
75 gm coklat masakan - kepingan halus
1/2 cawan whipping cream
1 sdk dark corn syrup ( ai guna air gula je)

Kaedahnye:

Panaskan oven 180 c.
Base
1. Hancurkan biskut dengan dimasukkan ke dalam plastik dan ketuk.
2. Masukkan serbuk cocoa dan kacau sebati.
3. Masukkan butter dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan campuran biskut ini dalam springform yang telah dilapik bahagian bawah dan tepi dengan springform.
4. Tekan campuran biskut tadi dan ratakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.

Cheesecake
1. Cairkan coklat masakan dengan kaedar double boiler. Ketepikan.
2. Pukul cream cheese hingga lembut, kemudian tambahkan gula dan tepung kastard. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan telur (whole) pukul sedikit dan masukkan pula kuning telur. Tambahkan sour cream.
3. Akhir sekali, masukkan larutan cocoa dan barulah dimasukkan coklat cair tadi. Kacau dan balikkan coklat cair dalam adunan cheese dengan menggunakan senduk sahaja. Kacau hingga semua sebati.
4. Ambil springform yang telah berlapis biskut hancur tadi dari peti sejuk, balut bahagian luar dengan cling wrap dan selapis lagi dengan aluminium foil.
5. Letak springform dalam 1 bekas lain yang lebih besar baru dituangkan adunan cheesecake. Kemudian masukkan air mendidih ke dalam bekas luar sehingga setengah tinggi springform. (waterbath)
6. Bakar dalam suhu 180 darjah celsius selama 45 minit hingga satu jam. Bila cukup 1 jam keluar kan cake dan biarkan sejuk dulu pada suhu bilik. Jangan risau kalau kek cair sebab cheesecake memang macam tu kalau masih panas. Bila dah sejuk baru simpan dalam peti sejuk.
7. Untuk sos coklat, campurkan semua bahan dan panaskan sedikit secara double boiler. Kacau sebati dan tuang secara ikut suka hati hang atas kek. heheh..siap

Tuesday, May 17, 2011

Japanese Cotton CheeseCake


Bahan-bahan:
160 gm cream cheese
120 ml susu
25 gm butter
40 gm tepung gandum (superfine)
30 gm tepung jagung
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
secubit garam
1/8 sudu teh cream of tartar
100 gm gula

Kaedahnye:

1. Panaskan secara double boiler cream cheese, susu dan butter hingga jadi adunan pekat. Ketepikan.
2. Panaskan oven 160 c. Sementara itu, didihkan air (utk water bath).
3. Campurkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam adunan cheese tadi dan kacau menggunakan whisk. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati.
4. Dalam bekas lain (pastikan bekas tersebut bebas dari kesan minyak atau butter), pukul putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar and pukul lagi hingga bertanduk, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan secubit garam dan teruskan memutar.
5. Kemudian. dengan perlahan masukkan sedikit adunan telur putih ke dalam adunan cheese, kaup balikkan secara perlahan dengan menggunakan senduk. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan kacau lagi. Jangan dikacau terlalu kuat, cukup sekadar putih telur kelihatan bercampur dengan adunan cheese sahaja. Kaup balikkan adunan hingga putih telur habis.
6. Lapikkan bahagian dalam springform 9" dengan kertas pembakar atau aluminium foil dan baru tuangkan adunan. Balut lagi bahagian luar springform dengan aluminium foil.
7. Letak springform ke dalam 1 bekas lain yang lebih besar, kemudian masukkan air mendidih di bahagian luar sehingga separuh tinggi springform. (Bakar secara water bath).
8. Bakar pada suhu 160 c, selama 45 minit.

Saturday, May 14, 2011

Nasi Ayam Penyet & Jus Alpukat


Ni adelah makanan kegemaran suami ai..so ai pun blaja la buat nasi ayam penyet ni dari akak die..n ai nak share la resipi nye kt cni..tp sambal die mmg..fuhhhh angie jolie ler bibir nnt

Bahan-bahannye:
5-6 ketul ayam
2 batang serai
2 inci halia (utk rebus ayam & perap)
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit kunyit, ketumbar, jintan manis & putih - blend
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10-15 tangkai cilipadi
sedikit asam jawa
sedikit gula melaka (ai guna gula nira)
sedikit belacan
timun, kobis, limau kasturi - sebagai ulaman

cara-cara menggoda:
1. Rebus ayam dengan sebatang serai, halia dan garam hingga sedikit empuk. Angkat ayam dan tos. Biarkan air rebusan td untuk dijadikan sup.
2. Perap ayam dengan garam, kunyit, halia, ketumbar jintan dan sebatang lagi serai tadi yang telah di blend. Goreng ayam apabila hendak menghidang, untuk dimakan ketika masih panas.



3. Sementara itu, sediakan sambal: Tumis bawang besar, bawang putih, cilipadi, belacan, gula melaka sampai bawang dan cili layu sedikit, kemudian masukkan air asam jawa. Angkat dan blend bahan tumis tadi. kemudian digoreng sambal yang telah diblend tadi sekali lagi, kali ini masukkan garam dan tambah kicap ABC. Rasa masin dan manisnye..angkat.


4. Untuk sup pula, cuma tambahkan kiub ayam dan daun sup sahaja dan sedia untuk dihidang bersama nanti.
5. Sediakan ulam timun dan kobis serta limau kasturi untuk diperah sedikit dalam sambal.


6. Ayam penyet ni sangat syok kebabur tak hengat bila dimakan dengan nasi panas. Ayam nye juga perlu digoreng bila hendak dihidang saja. Satu lagi complement ayam penyet ni adelah kicap ABC (pronounce AaBeCe ye)

Hari tu ai mamam nasi ayam penyet ni dengan jus avocado ataupun alpukat..sedapnye lah hai jus ni..



Check out the recipe..

1 biji avocado
2 cawan susu segar
4 sudu besar susu pekat manis
8 ketul ais kiub
sedikit hershey

Blend bersama isi avocado, susu segar, susu condense dan ais hingga smooth. Curahkan coklat cair hershey kt tepi gelas dan baru masukkan blended avocado tadi. Minum sejuk.