chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 18, 2011

Solok Lada

Solok lada ni ai buat mase pot luck kat ofis aritu..disebabkan taktau nak masak ape sebab lauk yang lain-lain dah masak..nasib baekla ofismate suke..aritu ai bawak kek lapis & solok lada ni je..ni resipinye:

Bahan-bahan:
10 - 12 cili hijau (lada solok) - belah tengah, buang biji dan rendam dalam air kapur
1/2 biji kelapa parut
3-5 ekor ikan selayang (agak-agak je ikut size ikan)
2 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur (optional)
sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Bakar/rebus ikan sebentar (ai bakar dalam oven je dalam 10 minit). Kemudian asingkan isinya. Tumbuk isi ikan tadi atau kalau nak guna blend pun boleh. (jangan ditambah air)
2. Ambil sedikit kelapa parut dan disangai (goreng tanpa minyak) hingga keperangan. Tumbuk sedikit kelapa goreng dan kelapa parut tadi sehingga nampak sedikit halus.
3. Halia, bawang merah dan bawang putih dikisar tanpa air. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan campuran kelapa parut dan juga isi ikan.
4. Tambah garam dan gula sesedap rase. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
5. Akhir sekali pecahkan sebiji telur ke dalam campuran tadi dan gaul rata. Telur adalah optional, ai letak sebab biasa back home (kelate) kami guna kelapa yang tak berapa tua (kire kelapa remaja la) so dia senang melekat bila disumbat. Tapi kat sini susah nak dapat sebab bukan pilih sendiri kat pokok klapak.
6. Sumbat campuran inti ini ke dalam lada hijau tadi dan dikukus sehingga masak @ lebih kurang 15 minit.
7. Boleh dihidang bersama lauk-pauk lain. Selalu orang makan sebagai side dish dalam Nasi Kerabu.
:
:
:
:
:
p/s: Lada direndam dengan air kapur untuk mengelakkan mudah terkopek/koyak semasa proses menyumbat dilakukan..hehe



0 comments: