chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 22, 2011

Easy Tiramisu (Eggless)

Tiramisu ni ai buat semalam (21/1), untuk dua orang makan saje..resipi ni simple je, takde telur & no bake..kalau resipi martha or resipi tiramisu sebenar diorang letak liquor perisa kopi..tapi sesuaikan dengan kita tak payahlah letak yea..ai refer banyak resipi tapi bila digabung dan di alter sikit jadilah macam kat bawah ni..hehe

Bahan2:
125 gm Mascarpone Cheese
100 gm Whipping Cream
6 jejari biskut ladyfinger
1/4 cawan gula kastor
serbuk kopi
serbuk nescafe
sedikit serbuk koko

Cara2:
  1. Larutkan serbuk kopi dan nescafe, jadikan bancuhan kopi pekat dan sejukkan sebentar.
  2. Putar whipping cream hingga kembang, ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, putar keju bersama gula hingga kembang dan barulah dimasukkan krim putar tadi. Gaul balikkan sahaja hingga sebati.
  4. Sediakan mangkuk kaca atau bekas trifle, potong biskut ladyfinger bagi sesuai dengan ukuran mangkuk.
  5. Celup 1/3 ladyfinger ke dalam bancuhan kopi tadi, jangan celup semua bahagian biskut sebab nanti jadi lembik sangat dan berair.
  6. Kemudian atur biskut dalam mangkuk dan masukkan adunan krim keju tadi.
  7. Lapis lagi dengan biskut dan krim hingga habis adunan.
  8. Tutup bekas dengan kling film dan sejukkan lebih kurang 3 jam atau semalaman.
  9. Tabur serbuk koko menggunakan penapis teh sebelum dihidangkan.
Sedap, berkrim..lemak2 manis..with the touch of coffee..hmmhh3..memang irresistable lah kan, sampaikan suami ai yang tengah on diet tu, mintak ai suap sikit pastu cakap mmmmm....nak lagi..nak lagi dan nak lagi..harharhar..gelak jahat sebab dah berjaya mengganggu gugat diet encik shafiq.


Thursday, January 20, 2011

Ketupat Dakap

Kali n3 kuih lak yea..ni resipi nenek ai tau..nape nama dia ketupat dakap?sebab masa masak dua belah kuih ni didakapkan bersama..hehe

Bahan2:

2 cawan beras pulut- direndam sebentar
1 cawan santan-campur sedikit garam dan gula
5 biji pisang-dibelah dua, potong 2 lagi
daun pisang untuk dijadikan wrapper kuih
getah pengikat (rubber band)

Cara2:
  1. Beras pulut dikukus sebentar bersama santan.
  2. Apabila pulut agak masak sedikit dan santan telah kering, angkat.
  3. Sediakan daun pisang, letak sedikit pulut dan ratakan dengan menggunakan sudu seperti gambar.
  4. Kemudian letakkan pisang yang telah dipotong di tengah dan balut seperti membalut kuih tepung bungkus.
  5. Apabila siap dua biji, rapatkan/dakapkan kuih dan ikat biar ketat sedikit menggunakan getah. Ikatan mestilah dibuat selang-seli bagi membentuk kuih.
  6. Kukus sebentar hingga masak.
  7. Apabila telah masak, buang getah pengikat dan boleh dihidang.


Tuesday, January 4, 2011

choc cheese cake kukus & moi teringin

Hari ni nak masukkan n3 yang dah lama tertangguh sebab busy berpindah-randah dan bertravel segala dari utara ke pantai timur singgah di bahagian barat mesia jap pastu terus ke selatan..fuhhh, nak taip pun penat ape lagi nak drive..

so kekawan ai yang dah busy dengan tugas masing2, mai la kita rehat jap dengan 2 resipi ni..hehe

kite mulakan dengan choc chis cake yang ai buat mase last kat opis aritu..tapi yang ni resipi kukus sebab takde oven

Bahan2:
Cream Cheese Filling:
250 gm cream cheese (Philadelphia)
70 gm gula kastor
1 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanilla
sedikit garam

Kek coklat:
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C
3 biji telur

Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese dan gula hingga licin. Masukkan telur, garam, esen vanilla dan pukul sekejap hingga sebati. ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Sejukkan.
  3. Putar bahan C hingga kembang, masukkan dalam bahan A dan kaup balikkan hingga rata.
  4. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit.
  5. Bahagikan adunan coklat kepada 2 bahagian. kemudian masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan kukus dulu selama 15 minit.
  6. Setelah itu, masukkan adunan cream cheese di atas adunan coklat tadi dah dikukus sekali lagi selama 15 minit.
  7. Lapiskan lagi lebihan adunan coklat di atas lapisan cream cheese. Tutup loyang dengan kerajang aluminium dan dikukus selama 45 minit atau hingga masak.
  8. Hiaskan sesuka suki mengikut citarasa dan kreativiti cik puan seri semua.
Hari tu lak penangan baca blog SHAASHA yg teringin tu, maka ai pun teringin jugakla nak mamam moi pasar tani tu tp pegi hari rabu xde..pegi hari jumaat p0n xde jugak..maka teringin..so, sebab die taknak jual kan ai pun dengan gagahnye beli ikan pekasam je kat pasar hari tu..huhu..and pandai2la buat moi sendiri

moi teringin aka bubur nasi aka nasi air
Bahan2: (macam biasa utk seorg zawahir makan)
1/2 pot beras
sedikit garam
sedikit carrot
ikan pekasam
sebiji telur
2 ulas bawang- digoreng
2 biji cili potong
daun bawang
sedikit sos ikan

Cara-cara:
  1. Masak nasi dengan 3 cawan air hingga lembut dan menjadi bubur. Masuk sedikit garam dan carrot yang dipotong halus.
  2. Ikan pekasam digoreng hingga terasing isi dengan tulangnya. Ambil isinya sahaja dan dikisar sedikit. (kisaran kering)
  3. Telur digoreng scrambled dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  4. Apabila nasi telah sedia, masukkan dalam mangkuk dan letaklah bahan2 lain tadi di atasnya. Letak sedikit sos ikan untuk lebih perisa.
  5. Boleh juga diletakkan lobak masin atau telur asin jika suke.