chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 22, 2011

Easy Tiramisu (Eggless)

Tiramisu ni ai buat semalam (21/1), untuk dua orang makan saje..resipi ni simple je, takde telur & no bake..kalau resipi martha or resipi tiramisu sebenar diorang letak liquor perisa kopi..tapi sesuaikan dengan kita tak payahlah letak yea..ai refer banyak resipi tapi bila digabung dan di alter sikit jadilah macam kat bawah ni..hehe

Bahan2:
125 gm Mascarpone Cheese
100 gm Whipping Cream
6 jejari biskut ladyfinger
1/4 cawan gula kastor
serbuk kopi
serbuk nescafe
sedikit serbuk koko

Cara2:
  1. Larutkan serbuk kopi dan nescafe, jadikan bancuhan kopi pekat dan sejukkan sebentar.
  2. Putar whipping cream hingga kembang, ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, putar keju bersama gula hingga kembang dan barulah dimasukkan krim putar tadi. Gaul balikkan sahaja hingga sebati.
  4. Sediakan mangkuk kaca atau bekas trifle, potong biskut ladyfinger bagi sesuai dengan ukuran mangkuk.
  5. Celup 1/3 ladyfinger ke dalam bancuhan kopi tadi, jangan celup semua bahagian biskut sebab nanti jadi lembik sangat dan berair.
  6. Kemudian atur biskut dalam mangkuk dan masukkan adunan krim keju tadi.
  7. Lapis lagi dengan biskut dan krim hingga habis adunan.
  8. Tutup bekas dengan kling film dan sejukkan lebih kurang 3 jam atau semalaman.
  9. Tabur serbuk koko menggunakan penapis teh sebelum dihidangkan.
Sedap, berkrim..lemak2 manis..with the touch of coffee..hmmhh3..memang irresistable lah kan, sampaikan suami ai yang tengah on diet tu, mintak ai suap sikit pastu cakap mmmmm....nak lagi..nak lagi dan nak lagi..harharhar..gelak jahat sebab dah berjaya mengganggu gugat diet encik shafiq.


2 comments:

Anonymous said...

apsal laki ko plak yang diet waher oitttt..

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tiramisuuuuu.. ni mesti kes tengok citer dani dgn si melor!

Za with Luv said...

mmg laki aku diet..die claim die da gemok..suar ketatla..cincin ketatla..jam ketatla..tp aku tgk cambese jek..risau gak aku..mcm obses nak kurus je laki aku nih..huhu