Bahan-bahannye:
5-6 ketul ayam
2 batang serai
2 inci halia (utk rebus ayam & perap)
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit kunyit, ketumbar, jintan manis & putih - blend
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10-15 tangkai cilipadi
sedikit asam jawa
sedikit gula melaka (ai guna gula nira)
sedikit belacan
timun, kobis, limau kasturi - sebagai ulaman
cara-cara menggoda:
1. Rebus ayam dengan sebatang serai, halia dan garam hingga sedikit empuk. Angkat ayam dan tos. Biarkan air rebusan td untuk dijadikan sup.
2. Perap ayam dengan garam, kunyit, halia, ketumbar jintan dan sebatang lagi serai tadi yang telah di blend. Goreng ayam apabila hendak menghidang, untuk dimakan ketika masih panas.
3. Sementara itu, sediakan sambal: Tumis bawang besar, bawang putih, cilipadi, belacan, gula melaka sampai bawang dan cili layu sedikit, kemudian masukkan air asam jawa. Angkat dan blend bahan tumis tadi. kemudian digoreng sambal yang telah diblend tadi sekali lagi, kali ini masukkan garam dan tambah kicap ABC. Rasa masin dan manisnye..angkat.
4. Untuk sup pula, cuma tambahkan kiub ayam dan daun sup sahaja dan sedia untuk dihidang bersama nanti.
5. Sediakan ulam timun dan kobis serta limau kasturi untuk diperah sedikit dalam sambal.
6. Ayam penyet ni sangat syok kebabur tak hengat bila dimakan dengan nasi panas. Ayam nye juga perlu digoreng bila hendak dihidang saja. Satu lagi complement ayam penyet ni adelah kicap ABC (pronounce AaBeCe ye)
Hari tu ai mamam nasi ayam penyet ni dengan jus avocado ataupun alpukat..sedapnye lah hai jus ni..
Check out the recipe..
1 biji avocado
2 cawan susu segar
4 sudu besar susu pekat manis
8 ketul ais kiub
sedikit hershey
Blend bersama isi avocado, susu segar, susu condense dan ais hingga smooth. Curahkan coklat cair hershey kt tepi gelas dan baru masukkan blended avocado tadi. Minum sejuk.
0 comments:
Post a Comment