chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

Chocolate Cheesecake

Resipi chocolate cheesecake ni ai amik dari resipi Nigella Lawson nyer..boleh check ori recipe kat sini


Bahan-bahan:

Untuk base
1 1/3 cawan graham cracker/digestive biscuits - hancurkan
60 g butter
1 sdb serbuk cocoa

Adunan cheesecake
175 gm coklat masakan - jadikan kepingan kecil
2 packet / 500 gm cream cheese Philadelphia
3/4 cawan gula halus/kastor
1 sdb tepung kastard
3 biji telur size A (whole)
3 biji kuning telur size A
2/3 cawan sour cream
1/2 sdk serbuk koko - dilarutkan dalam 1 sdk air panas

choc sos
75 gm coklat masakan - kepingan halus
1/2 cawan whipping cream
1 sdk dark corn syrup ( ai guna air gula je)

Kaedahnye:

Panaskan oven 180 c.
Base
1. Hancurkan biskut dengan dimasukkan ke dalam plastik dan ketuk.
2. Masukkan serbuk cocoa dan kacau sebati.
3. Masukkan butter dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan campuran biskut ini dalam springform yang telah dilapik bahagian bawah dan tepi dengan springform.
4. Tekan campuran biskut tadi dan ratakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.

Cheesecake
1. Cairkan coklat masakan dengan kaedar double boiler. Ketepikan.
2. Pukul cream cheese hingga lembut, kemudian tambahkan gula dan tepung kastard. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan telur (whole) pukul sedikit dan masukkan pula kuning telur. Tambahkan sour cream.
3. Akhir sekali, masukkan larutan cocoa dan barulah dimasukkan coklat cair tadi. Kacau dan balikkan coklat cair dalam adunan cheese dengan menggunakan senduk sahaja. Kacau hingga semua sebati.
4. Ambil springform yang telah berlapis biskut hancur tadi dari peti sejuk, balut bahagian luar dengan cling wrap dan selapis lagi dengan aluminium foil.
5. Letak springform dalam 1 bekas lain yang lebih besar baru dituangkan adunan cheesecake. Kemudian masukkan air mendidih ke dalam bekas luar sehingga setengah tinggi springform. (waterbath)
6. Bakar dalam suhu 180 darjah celsius selama 45 minit hingga satu jam. Bila cukup 1 jam keluar kan cake dan biarkan sejuk dulu pada suhu bilik. Jangan risau kalau kek cair sebab cheesecake memang macam tu kalau masih panas. Bila dah sejuk baru simpan dalam peti sejuk.
7. Untuk sos coklat, campurkan semua bahan dan panaskan sedikit secara double boiler. Kacau sebati dan tuang secara ikut suka hati hang atas kek. heheh..siap

1 comments:

payarumput21 said...

kita nak gi rumah awak makan la kek tu lah.. ;p