chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 17, 2011

Japanese Cotton CheeseCake


Bahan-bahan:
160 gm cream cheese
120 ml susu
25 gm butter
40 gm tepung gandum (superfine)
30 gm tepung jagung
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
secubit garam
1/8 sudu teh cream of tartar
100 gm gula

Kaedahnye:

1. Panaskan secara double boiler cream cheese, susu dan butter hingga jadi adunan pekat. Ketepikan.
2. Panaskan oven 160 c. Sementara itu, didihkan air (utk water bath).
3. Campurkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam adunan cheese tadi dan kacau menggunakan whisk. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati.
4. Dalam bekas lain (pastikan bekas tersebut bebas dari kesan minyak atau butter), pukul putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar and pukul lagi hingga bertanduk, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan secubit garam dan teruskan memutar.
5. Kemudian. dengan perlahan masukkan sedikit adunan telur putih ke dalam adunan cheese, kaup balikkan secara perlahan dengan menggunakan senduk. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan kacau lagi. Jangan dikacau terlalu kuat, cukup sekadar putih telur kelihatan bercampur dengan adunan cheese sahaja. Kaup balikkan adunan hingga putih telur habis.
6. Lapikkan bahagian dalam springform 9" dengan kertas pembakar atau aluminium foil dan baru tuangkan adunan. Balut lagi bahagian luar springform dengan aluminium foil.
7. Letak springform ke dalam 1 bekas lain yang lebih besar, kemudian masukkan air mendidih di bahagian luar sehingga separuh tinggi springform. (Bakar secara water bath).
8. Bakar pada suhu 160 c, selama 45 minit.

0 comments: