chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 4, 2011

choc cheese cake kukus & moi teringin

Hari ni nak masukkan n3 yang dah lama tertangguh sebab busy berpindah-randah dan bertravel segala dari utara ke pantai timur singgah di bahagian barat mesia jap pastu terus ke selatan..fuhhh, nak taip pun penat ape lagi nak drive..

so kekawan ai yang dah busy dengan tugas masing2, mai la kita rehat jap dengan 2 resipi ni..hehe

kite mulakan dengan choc chis cake yang ai buat mase last kat opis aritu..tapi yang ni resipi kukus sebab takde oven

Bahan2:
Cream Cheese Filling:
250 gm cream cheese (Philadelphia)
70 gm gula kastor
1 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanilla
sedikit garam

Kek coklat:
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C
3 biji telur

Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese dan gula hingga licin. Masukkan telur, garam, esen vanilla dan pukul sekejap hingga sebati. ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Sejukkan.
  3. Putar bahan C hingga kembang, masukkan dalam bahan A dan kaup balikkan hingga rata.
  4. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit.
  5. Bahagikan adunan coklat kepada 2 bahagian. kemudian masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan kukus dulu selama 15 minit.
  6. Setelah itu, masukkan adunan cream cheese di atas adunan coklat tadi dah dikukus sekali lagi selama 15 minit.
  7. Lapiskan lagi lebihan adunan coklat di atas lapisan cream cheese. Tutup loyang dengan kerajang aluminium dan dikukus selama 45 minit atau hingga masak.
  8. Hiaskan sesuka suki mengikut citarasa dan kreativiti cik puan seri semua.
Hari tu lak penangan baca blog SHAASHA yg teringin tu, maka ai pun teringin jugakla nak mamam moi pasar tani tu tp pegi hari rabu xde..pegi hari jumaat p0n xde jugak..maka teringin..so, sebab die taknak jual kan ai pun dengan gagahnye beli ikan pekasam je kat pasar hari tu..huhu..and pandai2la buat moi sendiri

moi teringin aka bubur nasi aka nasi air
Bahan2: (macam biasa utk seorg zawahir makan)
1/2 pot beras
sedikit garam
sedikit carrot
ikan pekasam
sebiji telur
2 ulas bawang- digoreng
2 biji cili potong
daun bawang
sedikit sos ikan

Cara-cara:
  1. Masak nasi dengan 3 cawan air hingga lembut dan menjadi bubur. Masuk sedikit garam dan carrot yang dipotong halus.
  2. Ikan pekasam digoreng hingga terasing isi dengan tulangnya. Ambil isinya sahaja dan dikisar sedikit. (kisaran kering)
  3. Telur digoreng scrambled dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  4. Apabila nasi telah sedia, masukkan dalam mangkuk dan letaklah bahan2 lain tadi di atasnya. Letak sedikit sos ikan untuk lebih perisa.
  5. Boleh juga diletakkan lobak masin atau telur asin jika suke.

3 comments:

Anonymous said...

hapdet la menatang pepel nih.. huhu~

Za with Luv said...

nape?x cantek ke pepel ni?

Za with Luv said...
This comment has been removed by the author.