chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 9, 2010

Kek Lapis Hawflakes+Cadbury

Disebabkan ai ni xde bakat penulisan kan..so blog ni ai akan jadikan blog resipi jela..share dgn kwn2 resipi2 yang ai dah buat..hehe

ni ada resipi kek lapis..resipi asal dari blog mat gebu tapi dah alter sikit sbb dah campur asam manis dgn cadbury

Bahan-bahan:
500 g (2 blok) pure butter (golden churn/SCS)
150 g gula halus
10 biji telur gred A
1 cawan tepung biskut "Marie" (biskut dikisar halus)
1 1/2 cawan tepung hong kong
1 tin kecil susu pekat manis
2 sudu besar seri kaya
1 camca teh esen vanilla
1 bungkus Haw Flakes (empat segi besar)
30 keping coklat mini cadbury (yang wrapper kaler purple tu)
1 camca teh pewarna makanan pink, hijau dan kuning


Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan pemutar, masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna pink, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna pink, ratakan dan bakar hingga masak (7-8 minit sahaja). Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api atas sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun haw flakes. Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan alat penekan kek lapis (please see picture) dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Ulang lagi melapis adunan mengikut warna tapi untuk lapisan yg ketiga disusun pula dengan coklat cadbury.
  7. Ulang hingga adunan habis. untuk lapisan yang akhir tukar kepada api atas bawah sekali lagi.

3 comments:

LeeDya said...

ape kate buatkn je bg aku...mwahahahaha

nesma shahu said...

alaaa tnjk la gmbr yg dh siap keknye...nk tgk hasil bru nak cuba...

Za with Luv said...

lorr..gambarnye xde sbb da buat lame dah..x snap pic pun..hoho..nnt next resipi i kasik tempek gambaq skali noh