ni ada resipi kek lapis..resipi asal dari blog mat gebu tapi dah alter sikit sbb dah campur asam manis dgn cadbury
Bahan-bahan:
500 g (2 blok) pure butter (golden churn/SCS)
150 g gula halus
10 biji telur gred A
10 biji telur gred A
1 cawan tepung biskut "Marie" (biskut dikisar halus)
1 1/2 cawan tepung hong kong
1 tin kecil susu pekat manis
2 sudu besar seri kaya
1 camca teh esen vanilla
1 bungkus Haw Flakes (empat segi besar)
1 tin kecil susu pekat manis
2 sudu besar seri kaya
1 camca teh esen vanilla
1 bungkus Haw Flakes (empat segi besar)
30 keping coklat mini cadbury (yang wrapper kaler purple tu)
1 camca teh pewarna makanan pink, hijau dan kuning
1 camca teh pewarna makanan pink, hijau dan kuning
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
- Perlahankan pemutar, masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna pink, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
- Tuang 4 camca besar adunan warna pink, ratakan dan bakar hingga masak (7-8 minit sahaja). Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api atas sahaja) hingga masak.
- Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun haw flakes. Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan alat penekan kek lapis (please see picture) dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
- Ulang lagi melapis adunan mengikut warna tapi untuk lapisan yg ketiga disusun pula dengan coklat cadbury.
- Ulang hingga adunan habis. untuk lapisan yang akhir tukar kepada api atas bawah sekali lagi.
3 comments:
ape kate buatkn je bg aku...mwahahahaha
alaaa tnjk la gmbr yg dh siap keknye...nk tgk hasil bru nak cuba...
lorr..gambarnye xde sbb da buat lame dah..x snap pic pun..hoho..nnt next resipi i kasik tempek gambaq skali noh
Post a Comment