Topping
1/2 tsp gelatin (ai guna halagel)
1 tbsp air
150 ml whipping cream
2 tbsp gula
Mixed fruits: Mangga/Kiwi/Plum/Anggur Hitam (Strawberry jika suka, semalam takde kat kedai nak beli)
1 tsp instant jelly
100 ml air
1 tbsp gula
Cara-cara:
- Masuk air dalam mangkuk dan taburkan gelatin ke dalam, biar seketika dalam 2 minit kemudian panaskan secara double boiler hingga jadi larutan.
- Masukkan mangkuk untuk membancuh & besi pemutar dalam freezer seketika dalam 5 minit. Keluarkan dan tuang whipping cream ke dalam.
- Putar whipping cream hingga kelihatan pekat sedikit. Masukkan larutan gelatin & gula, putar lagi hingga kental sedikit. Jangan putar terlalu lama sebab nanti cream akan berketul (overbeat).
- Sapukan cream ke atas kek yang telah sejuk. Letakkan buah-buahan campuran tadi yg telah di potong kecil (diced mixed fruits). Sejukkan kek dalam freezer selama 10 minit sementara menyediakan jelly.
- Masukkan air & gula dalam saucepan and panaskan dengan api sederhana. Masukkan serbuk jelly dan kacau hingga larut.
- Keluarkan kek dan curahkan larutan jelly ke atas buah. Jelly akan cepat beku bila letak atas buah yang dah disejukkan tadi.
- Simpan kek dalam peti sejuk untuk 2 jam sebelum dihidang.
Baca doa selamat dan doa makan dulu..tapi pizza tu macam dah hilang je 1 slice..huhu
Ahli keluarga yang dah kawen dengan bday gurl
Makan time..semua dah kelaparan