chenta antara kita

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

Hari-hari terakhir seorang primadona

wakakaka..tajuk taknak kalah tu..hehe

sebenarnya hari terakhir bekerja di kptmas ni..hari terakhir sebagai weekend-wife yang bekerja..pasni boleh bekerja untuk suami terchenta plak...ahaks

Ok..dengan ini saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya yang telah sama2 bersusah senang, berlongkang kumbahan, bergosip umpatan, bergelak ketawa sampai tak ingat dunia, bernanges bawah meja, makan sama2, mandi sama2 (eh ade ea???haha) dan macam2 ber n ter lagi..dan satu lagi saya mintak maap banyak2 kalau ade tercubit, terpiat sampai termerah terbengkak..hehe..juga kalau tersalah cakap terkasar bahasa..harap dimaafkan segalanya...kalau ada terminum termakan juga harap dihalalkan segalanya..serta terima kaseh atas jasa2 baik anda semua kat saye


kepada kawan2 yang takde dalam gambar pun sama yea mintak maaf..pasni kalau ade sape2 yang pergi jalan2 pasir gudang singgahla rumah saye yea..just ring me bila2 pun boleh..ok tata








p.s: i love you

Friday, December 17, 2010

Menyorok 11Muharram 1432H

Pineapple Fried Rice

Pagi ni nak buat nasi goreng nenas lak..macam sedap tgk kat blog mat gebu aitu..so..presenting tadaaaaaaaaa


ok untuk tidak menghampakan puan-puan seri semua, ni dia resipinya
(resipi juga boleh dirujuk di sini)

Bahan-bahan:

3 cawan nasi
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dititik (letak atas papan pemotong n dihentak kuat2 dgn pisau potong daging)
1 batang serai, dihiris halus
3 helai daun limau purut, dihiris halus
1 kiub tom yam
3 ekor sotong segar kola kedah, dipotong bentuk cincin
1/2 cawan nenas, dipotong kecil
3 biji cili padi, dititik
sedikit cili giling (saya blend aje)
sos ikan secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, cili giling dan cili padi, masukkan kiub tom yam, kemudian masukkan sotong, kacau rata. Kemudian masukkan nenas dan sedikit sayur.
  2. Masukkan nasi dan besarkan api untuk menggoreng secara stir fry (dengan api besar). Masukkan telur ditengah2 kuali dan kacau sebati dengan nasi. Tambah sedikit sos ikan dan bolehla diangkat bila nasi kelihatan kering sedikit.
  3. Alih dalam bekas perahu yang telah dibuat dari awal2 pagi lagi yea..hehe..hias sesuka-suki. Mamammm..errrr ada sape2 teringat Pak Li Kopitiam tak???heheh
p/s: the hardest part was the perahu one, memang susah sikit tapi bila dah jadi...sukeeeeeeee..nak buat tu, belah dua nenas dan potong panjang isinya barulah dikosongkan isinya menggunakan pisau, sudu or any other utensil yang u ols ada..heheh

Pasni mesti susah dah nak dapat sutun yang segar bugar macam ni..huhuu

Friday, December 10, 2010

Sarapan pagi 4 Muharam 1432 H

Pagi jumaat yang syahdu ini (sebab duk sorang2 je kat umah) ai bersarapan dengan sebiji telur 70% boiled dan tiga bijik pancake...sodap wok makan di kala pagi yang hujan camni..


kat bawah ni ai sertakan resipi penkek ai yang x seberapa..hehe

Bahan-bahan: (untuk 3 biji penkek, cukup bagi seorang zawahir yang makan)

1 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Soda bikarbonat
1/2 sudu kecil krim of tartar (kalau xde pun xpe)
2 sudu besar butter
1 biji telur
3/4 cawan susu cair atau susu segar
Secubit garam
1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Campur tepung, soda bikarbonat dan krim tartar dan gaul sebati.
2. kemudian masukkan butter ke dalam adunan tepung dan gaul lagi sampai butter jadi berderai dengan tepung (macam nak buat kulit karipap tu). masukkan garam dan gula.
3. masukkan susu dan telur, kacau sekejap supaya rata.
4. blend adunan seketika untuk mengelakkan adunan berketul.
5. lenser kuali dengan sedikit marjerin dan masukkan sesenduk adunan dengan sekali tuang sahaja untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan sama saiz.
6. masak seketika hingga adunan penkek keluar buih2 macam dalam gambar ni. bila buih tu semua pecah baru diterbalikkan kuali..haha..terbalikkan penkek saje yea puan-puan..


7. masaklah sehingga adunan habis dan bolehla dimakan dengan syrup maple, madu, krim coklat or ice cream pun enak. sila lihat gambar untuk lebih enak di mata..

Ini yang saya mam pagi tadi, tersangatlah enaknya dimakan dengan madu nurul dan nutella zura..wakaka

Thursday, December 9, 2010

Kek Lapis Hawflakes+Cadbury

Disebabkan ai ni xde bakat penulisan kan..so blog ni ai akan jadikan blog resipi jela..share dgn kwn2 resipi2 yang ai dah buat..hehe

ni ada resipi kek lapis..resipi asal dari blog mat gebu tapi dah alter sikit sbb dah campur asam manis dgn cadbury

Bahan-bahan:
500 g (2 blok) pure butter (golden churn/SCS)
150 g gula halus
10 biji telur gred A
1 cawan tepung biskut "Marie" (biskut dikisar halus)
1 1/2 cawan tepung hong kong
1 tin kecil susu pekat manis
2 sudu besar seri kaya
1 camca teh esen vanilla
1 bungkus Haw Flakes (empat segi besar)
30 keping coklat mini cadbury (yang wrapper kaler purple tu)
1 camca teh pewarna makanan pink, hijau dan kuning


Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan pemutar, masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna pink, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna pink, ratakan dan bakar hingga masak (7-8 minit sahaja). Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api atas sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun haw flakes. Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan alat penekan kek lapis (please see picture) dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Ulang lagi melapis adunan mengikut warna tapi untuk lapisan yg ketiga disusun pula dengan coklat cadbury.
  7. Ulang hingga adunan habis. untuk lapisan yang akhir tukar kepada api atas bawah sekali lagi.