so kekawan ai yang dah busy dengan tugas masing2, mai la kita rehat jap dengan 2 resipi ni..hehe
kite mulakan dengan choc chis cake yang ai buat mase last kat opis aritu..tapi yang ni resipi kukus sebab takde oven
Bahan2:
Cream Cheese Filling:
250 gm cream cheese (Philadelphia)
70 gm gula kastor
1 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanilla
sedikit garam
Kek coklat:
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C
3 biji telur
Cara-cara:
- Pukul cream cheese dan gula hingga licin. Masukkan telur, garam, esen vanilla dan pukul sekejap hingga sebati. ketepikan.
- Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Sejukkan.
- Putar bahan C hingga kembang, masukkan dalam bahan A dan kaup balikkan hingga rata.
- Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit.
- Bahagikan adunan coklat kepada 2 bahagian. kemudian masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan kukus dulu selama 15 minit.
- Setelah itu, masukkan adunan cream cheese di atas adunan coklat tadi dah dikukus sekali lagi selama 15 minit.
- Lapiskan lagi lebihan adunan coklat di atas lapisan cream cheese. Tutup loyang dengan kerajang aluminium dan dikukus selama 45 minit atau hingga masak.
- Hiaskan sesuka suki mengikut citarasa dan kreativiti cik puan seri semua.

Bahan2: (macam biasa utk seorg zawahir makan)
1/2 pot beras
sedikit garam
sedikit carrot
ikan pekasam
sebiji telur
2 ulas bawang- digoreng
2 biji cili potong
daun bawang
sedikit sos ikan
Cara-cara:
- Masak nasi dengan 3 cawan air hingga lembut dan menjadi bubur. Masuk sedikit garam dan carrot yang dipotong halus.
- Ikan pekasam digoreng hingga terasing isi dengan tulangnya. Ambil isinya sahaja dan dikisar sedikit. (kisaran kering)
- Telur digoreng scrambled dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Apabila nasi telah sedia, masukkan dalam mangkuk dan letaklah bahan2 lain tadi di atasnya. Letak sedikit sos ikan untuk lebih perisa.
- Boleh juga diletakkan lobak masin atau telur asin jika suke.

3 comments:
hapdet la menatang pepel nih.. huhu~
nape?x cantek ke pepel ni?
Post a Comment